BUMI KITA CUMA SATU


BUMI KITA CUMA SATU.....

Di bumi yang satu inilah letaknya Malaysia, di tengah-tengah Asia Tenggara. Sebuah negara yang cukup cantik dan menarik. Bukan sahaja bertuah dari segi ekonomi, tetapi juga dari sumber semulajadi. Dari hutan semulajadi, sumber asli, serta tanah yang subur semuanya dinikmati oleh lebih 26 juta penduduk. Tiada gempa bumi, taufan atau gunung berapi , semuanya nampak sempurna.....

Penduduk Malaysia harus menyedari bahawa mereka selama ini telah menggunakan sumber semulajadi tanpa memikirkan implikasinya. Sumber asli yang telah digunakan tidak dapat diganti. Saintis menganggarkan bahawa kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 bumi untuk menghasilkan sumber asli yang mencukupi bagi semua warga bumi tetapi.... BUMI INI HANYA SATU dan ia perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.......